SPAN terbit garis panduan rujukan penggiat industri perkhidmatan air

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menerbitkan garis panduan bertajuk 'Uniform Technical Guidelines For The Design Of Water Treatment Plants And Related Water Supply System Components' untuk rujukan penggiat industri perkhidmatan air bagi reka bentuk, membina serta mendapatkan kelulusan sistem bekalan air yang akan dibangunkan.

Pengerusi SPAN, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, SPAN telah diberi kuasa di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) untuk membangunkan garis panduan bagi tujuan rujukan dan panduan kepada penggiat industri perkhidmatan air.

"Garis panduan tersebut dibangunkan sebagai sumber rujukan yang lengkap bagi pembinaan sistem bekalan air yang lebih efisien dan sistematik serta mempunyai aspek ketahanan, keselamatan dan teknologi yang terkini," katanya.

Beliau berkata, jika didapati pembinaan sistem bekalan air tidak mematuhi pelan dan spesifikasi yang telah ditetapkan, pihak terbabit boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 45 Akta 655.

Jika disabitkan, denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan, selain perlu mengubah sistem bekalan air yang telah dibina supaya mematuhi pelan dan spesifikasi yang diluluskan. - Bernama

Artikel Berkaitan: