Tabungan SSPN cecah RM10.8 bilion

Noraini (dua dari kiri) menyaksikan penyerahan sumbangan zakat PTPTN pada Program Sumbangan Simpan SSPN kepada Pelajar Asnaf Merbok di Sungai Petani, Kedah pada Jumaat.
Noraini (dua dari kiri) menyaksikan penyerahan sumbangan zakat PTPTN pada Program Sumbangan Simpan SSPN kepada Pelajar Asnaf Merbok di Sungai Petani, Kedah pada Jumaat.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) berjaya mengumpul tabungan sebanyak RM10.8 bilion setakat 31 Disember lepas.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memberitahu, jumlah tabungan itu dikumpulkan melalui 5.2 juta akaun SSPN yang telah dibuka sehingga tempoh sama.

"Instrumen simpanan diperkenalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini memberikan keistimewaan dan manfaat untuk rakyat di negara ini.

“Sebagai contoh, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 ditawarkan kepada pendeposit sekiranya anak mereka berjaya menyambung pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) yang diiktiraf kerajaan menerusi simpanan di bawah SSPN Prime,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, beliau berucap sedemikian pada Program Sumbangan Simpan SSPN kepada Pelajar Asnaf Merbok di Sungai Petani, di sini, pada hari sama.

Pada majlis itu, seramai 50 orang pelajar asnaf dari sekolah rendah sekitar kawasan Merbok menerima sumbangan Simpan SSPN Prime yang dilaksanakan melalui Wakalah Zakat Negeri Kedah melibatkan peruntukan sebanyak RM5,000.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Datuk Annuar Ahmad; Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid; Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/ Yan, Khairil Azani Arzmi dan Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Datuk Rosni Sohar.

Artikel Berkaitan: