Pendaki Gunung Kinabalu meracau diselamatkan Mosar

Pendaki dibawa turun ke Pondok Timpohon, Kundasang.
Pendaki dibawa turun ke Pondok Timpohon, Kundasang.
A
A
A

RANAU - Seorang pendaki terpaksa dibantu sepasukan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Mosar) selepas tiba-tiba meracau ketika dalam perjalanan naik ke Gunung Kinabalu, pada Khamis.

Wanita berusia 50-an itu dibawa turun dari Kilometer 4 menuju ke Pondok Timpohon dengan menggunakan alat 'stretcher'.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7 malam.

Katanya, seramai lima pegawai bomba bantuan (PBB) Mosar digerakkan selepas menerima laporan tersebut.

"Pasukan Mosar kemudian bergegas ke lokasi dan bertindak membawa mangsa turun menggunakan Robinson Stretcher untuk ke Pondok Timpohon," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Jumaat.

Katanya, sebaik tiba mangsa diserahkan kepada ahli keluarganya untuk dibawa ke rumah penginapan dan operasi tamat jam 1.20 pagi.

Artikel Berkaitan: