Mahkamah tolak bantahan petisyen pilihan raya Mohamad Ali

Mohamad Ali (tengah) dan Mohd Hafarizam berjalan bersama penyokong mereka ketika di Mahkamah Melaka, di sini pada Jumaat.
Mohamad Ali (tengah) dan Mohd Hafarizam berjalan bersama penyokong mereka ketika di Mahkamah Melaka, di sini pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Mahkamah Pilihan Raya di sini, pada Jumaat menolak bantahan awal tiga responden terhadap petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh calon Barisan Nasional (BN) DUN Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November lalu.

Hakim Pilihan Raya, Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu kerana wajar dibicarakan demi kepentingan awam.

Perbicaraan penuh ditetapkan bermula 24 Mac hingga 31 April depan dengan kehadiran saksi-saksi.

Peguam Mohamad Ali yang diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, mereka akan bersiap sedia menyediakan saksi-saksi yang akan di bawa ke mahkamah untuk didengari, seterusnya membuktikan apa jua pendakwaan yang telah dikemukakan dalam petisyen itu.

"Keputusan mahkamah menolak bantahan membuang petisyen pilihan raya yang dikemukakan Datuk Seri Mohamad.

"Kes akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka dan terdapat 30 saksi sama ada dari pihak kami dan saksi yang akan disapina oleh kami," katanya.

Manakala peguam Suruhajaya Pilihan Raya diketuai Suzana Atan.

Kerusi DUN Sungai Udang dimenangi oleh Dr Mohd Aleef dalam pertembungan empat penjuru, dengan majoriti 530 undi.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Ali yang tewas dalam PRN pada 20 November, memfailkan petisyen pilihan raya itu pada 14 Disember lalu bagi membatalkan keputusan yang memihak kepada Dr Mohd Aleef Yusof daripada Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, memfailkan petisyen pilihan raya kepada tiga responden iaitu Dr.Mohd Aleef (responden 1) Suruhanjaya Pilihan Raya (responden 2) dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN Sungai Udang (responden 3).

Petisyen dilakukan atas beberapa alasan termasuk wujudnya unsur rasuah dan pelanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).