10 lagi kes kematian akibat Covid-19

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 10 kematian baharu akibat Covid-19 pada Khamis.

Daripada jumlah tersebut, satu kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,075 orang daripada lebih 2.9 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, kes kematian itu direkodkan di lapan negeri dengan Perak dan Selangor mencatatkan masing-masing dua kes.

Sementara itu, satu kes kematian dilaporkan bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Bagi kes BID pula, satu kes direkodkan di negeri Kelantan.

Dalam pada itu, terdapat 107,883 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 96,655 individu dikuarantin di rumah manakala 5,751 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Artikel Berkaitan:

Data KKM itu turut menunjukkan bahawa sebanyak 5,319 kes dirawat di hospital dan 158 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan 80 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 78 lagi memerlukan mesin ventilator.