Nurul Izzah positif Covid-19

Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengesahkan dirinya positif Covid-19 setelah menerima laporan ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang dilakukan.

Beliau yang mengalami simptom ringan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.

"Saya telah menerima laporan ujian PCR yang menunjukkan saya positif Covid-19, namun memandangkan kami sudah menjalankan kuarantin kendiri sejak 6 Februari, kami akan meneruskan home surveillance order (HSO) dan melakukan yang terbaik bagi melindungi Safiyah (anak) daripada terkena jangkitan.

"Selain daripada simptom ringan biasa (lesu, hidung berair dan sakit otot atau sendi), alhamdulillah kami dalam keadaan baik," katanya menerusi hantaran di sosial media pada Khamis.

Beliau berkata, Covid-19 bukan situasi yang mudah untuk dilalui walaupun keadaan yang dialami tidak begitu teruk berbanding ketika mengalami demam denggi.

Katanya, penting untuk semua orang dilindungi dengan vaksinasi.

"Syukur, kami semua telah berjaya melengkapkan dos vaksinasi dan saya berharap agar kesemua kita dapat diberikan tahap perlindungan yang sama, insyaALLAH.

"Kami juga telah mengemaskini status harian menerusi MySejahtera termasuk video latihan pernafasan dan penggunaan oksimeter yang betul," katanya.

Artikel Berkaitan: