Kanak-kanak lelaki maut terjatuh tingkat 10

Lokasi kejadian melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh di Kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Khamis.
Lokasi kejadian melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh di Kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Khamis.
A
A
A

KAJANG - Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai terjatuh dalam kejadian di Kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kejadian daripada orang awam menerusi panggilan MERS 999.

"Mangsa merupakan seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan antara lima tahun dipercayai terjatuh dari aras 10 kuarters berkenaan.

"Mangsa dikatakan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada ketika itu dan telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menggunakan ambulans Briged Tengah PGA," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, usaha untuk menyelamatkan telah dijalankan kira-kira jam 9.45 pagi.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di HUKM.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan mana-mana balai berdekatan atau terus berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013 2773407," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana kesalahan Pengabaian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai juga diseru supaya tidak melakukan pengabaian ke atas kanak-kanak di bawah umur bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya.