20,000 kanak-kanak di Perlis layak terima vaksin

Muhammad Firdaus Lazim (kiri) menemani anak sulungnya Ainul Mardhiah Muhammad Firdaus, 6, menerima suntikan vaksin pada Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) ketika tinjauan di PPV Offsite Klinik Annura di Masjid Syed Alwi pada Khamis. - Foto Bernama
Muhammad Firdaus Lazim (kiri) menemani anak sulungnya Ainul Mardhiah Muhammad Firdaus, 6, menerima suntikan vaksin pada Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) ketika tinjauan di PPV Offsite Klinik Annura di Masjid Syed Alwi pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

KANGAR - Sebanyak 20,000 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Perlis layak untuk menerima suntikan dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Setakat Khamis, dianggarkan 100 kanak-kanak telah menerima suntikan vaksin dos pertama dalam program PICKids di pusat pemberian vaksin (PPV) Offsite Klinik Annura Masjid Syed Alwi dan pusat pemberian vaksin khas (SPPV) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Sirajuddin Hashim berkata, pada 9 Februari terdapat 10 kanak-kanak yang telah menerima suntikan vaksin jenis Comirnaty (Pfizer-BioNTech) di SPPV HTF dan 60 kanak-kanak menerima suntikan vaksin di PPV Offsite Klinik Annura Masjid Syed Alwi.

"Bermula 14 Februari, tiga PPV akan dibuka di tiga buah sekolah rendah di negeri Perlis setelah mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa bagi meningkatkan lagi pemberian suntikan vaksin,” katanya di sini pada Khamis.

Beliau berkata SPPV HTF adalah bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan dan kanak-kanak tiada masalah kesihatan pula menerima suntikan di PPV Offsite Klinik Annura Masjid Syed Alwi dan Offsite Pusat Khidmat Kubang Gajah.- Bernama

Artikel Berkaitan: