JKM mencari waris Alen

JKM mencari waris Alen yang ditinggalkan ibunya.
JKM mencari waris Alen yang ditinggalkan ibunya.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan waris kepada kanak-kanak lelaki, Alen Gab Yong Cai, yang berusia setahun.

JKM menerusi satu kenyataan memaklumkan Alen yang ditinggalkan oleh ibunya dikategorikan sebagai kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan di bawah Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurut kenyataan tersebut, kanak-kanak itu kini ditempatkan sementara dalam pemeliharaan orang yang layak dan sesuai di bawah perintah mahkamah.

“Kini pelindung dalam usaha mengesan ibu kandungnya yang dikenali sebagai Lela Asoka dari Indonesia yang menghilangkan diri dan gagal dihubungi bagi tujuan penempatan dan kebajikan kanak-kanak selanjutnya.

“Pejabat Masyarakat Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang mengalu-alukan waris atau individu yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung kanak-kanak untuk menghubungi Pelindung Daerah Sepang, Noraliza Abu Bakar di talian 03-87061026 (sambungan 129),” katanya pada Khamis.

Artikel Berkaitan: