Suami didakwa bunuh isteri

Ibrahim (tiga dari kanan) didakwa membunuh isterinya oleh Mahkamah Majistret Ipoh di sini, pada Khamis.
Ibrahim (tiga dari kanan) didakwa membunuh isterinya oleh Mahkamah Majistret Ipoh di sini, pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, di sini pada Khamis atas tuduhan membunuh isterinya bulan lalu.

Tertuduh, Ibrahim Abdullah, 51, didakwa membunuh Fatimah Manikam Abdullah di antara jam 10 malam pada 26 Januari 2022 hingga jam 3.05 petang pada 27 Januari 2022 di No 81, Lorong Tawas 5, Kampung Tawas, di sini.

Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan ke atas tertuduh.

Majistret Jesseca Daimis kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 13 April untuk laporan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syahirah Azahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: