Wan Ahmad Fayhsal antara lima dilantik Timbalan Ketua Pemuda PN

Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal antara lima individu dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata, empat lagi yang lain melibatkan tiga ketua sayap parti komponen PN iaitu Ketua Wiramuda Parti Soladariti Tanah Airku (Star), Kong Soon Choi; Ketua Pemuda Parti Progresif Sabah (SAPP), Jamain Sarudin dan Pemangku Ketua Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen manakala seorang lagi ialah Timbalan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

"Ketetapan pelantikan jawatankuasa tersebut adalah berdasarkan peruntukan Fasal 23 Perlembagaan Parti Perikatan Nasional (Pindaan 2021)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada 27 Januari lalu, PN melantik Ahmad Fadhli sebagai Ketua Pemuda PN yang baharu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang turut dihadiri oleh wakil daripada semua parti anggota PN.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Fadhli turut mengumumkan keseluruhan ahli jawatankuasa Pemuda PN yang dianggotai Armada Bersatu, Pemuda Pas, Pemuda Gerakan, Pemuda SAPP dan Wiramuda STAR Sabah secara rasmi.

Berikut adalah struktur organisasi Pemuda PN:

Ketua Pemuda:

Artikel Berkaitan:

Ahmad Fadhli Shaari

Timbalan Ketua Pemuda:

Wan Ahmad Fayhal Wan Ahmad Kamal

Kong Soon Choi

Jamain Sarudin

Wong Chia Zhen

Afnan Hamimi Taib Azamudden

Setiausaha:

Muhd Khidhir Izaidin

Penolong Setiausaha:

Muhammad Faiz Rahmad

Ketua Penerangan:

Khairul Nadzir Helmi Azhar

Bendahari:

Syafiq Mohd Zin

Ahli Jawatankuasa:

Mohd Hafez Sabri

Hendri Hamsah

Siti Mastura Muhammad

Abqaree Fawwaz Abekan

Khairul Amilin Abdullah Shukor

Mohamad Syafiq Razkhi

Dexter Chin Chen Sang

Dr Brister Mokujal

Paul Chong Yaw Po

Prem Beachile Kitingan

Rizal Johari

Jess Joel Moriga

Ir Ong Kean Sing

Andy Tan Hum Wei