Pengerusi PAC: Ambil kira penjelasan PM - Anwar

Anwar Ibrahim - Foto Sharifuddin Rahim
Anwar Ibrahim - Foto Sharifuddin Rahim
A
A
A

KUALA LUMPUR – Konflik kedudukan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) wajar mengambil kira penjelasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedudukan Ronald sebagai Pengerusi PAC perlu dibincang dan diteliti semula namun, harus merujuk penjelasan Perdana Menteri.

“Boleh bincang dan dan diteliti semula merujuk kepada Perdana Menteri kerana yang minta untuk ditukarkan itu adalah manifesto PH yang jelas mengatakan Pengerusi PAC harus dari pembangkang.

"Namun perkara ini harus diluruskan melalui perbincangan dengan Perdana Menteri, bagi saya kita masih terikat dengan manifesto, tapi kita mesti kena dengar penjelasan Perdana Menteri dalam hal ini," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, Ronald kekal sebagai Pengerusi PAC walaupun telah menyertai Bersatu.

Dr Mahathir menjelaskan, walaupun jawatan tersebut diperuntukkan untuk diisi oleh ahli Parlimen pembangkang tetapi ia adalah perkara dasar oleh kerajaan dan 'ia bukan sesuatu yang diinstitusikan atau sebahagian daripada perlembagaan' ", katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan UMNO dengan tindakan PH mengekalkan jawatan Pengerusi PAC kepada Ronald yang kini menyertai Bersatu.

UMNO menggesa dan menegaskan agar jawatan Pengerusi PAC dikembalikan kepada wakil Pembangkang seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU14, PH.

Artikel Berkaitan:

BN sebelum ini bercadang untuk melantik Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa itu, namun Ronald berkata hanya akan meletakkan jawatan jika diarahkan Perdana Menteri.