Sufie beri bayangan kahwin dalam masa terdekat

Penyanyi, Sufi Rashid
Penyanyi, Sufi Rashid
A
A
A
PENYANYI, Sufi Rashid, 28, menerusi akaun Instagram seakan memberi bayangan akan berkahwin tidak lama lagi.
Menurut pelantun popular Implikasi dan Aku Sanggup ini, tunangnya adalah seorang yang setia tak kira apa pun yang berlaku dalam hidupnya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:
"Throwback tahun lepas sebelum tunang.
"Perempuan yang berdiri di samping saya ini akan selalu bersama bila mana saya jatuh.
"Insya-ALLAH, perempuan yang sama akan saya panggil sebagai isteri cantik dalam masa beberapa bulan sikit lagi," ungkapnya amin.

No Image Caption



Terdahulu penyanyi berasal dari Singapura ini selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan bakal suri hatinya, Ain, pada 15 Disember 2018.
Terdahulu perkenalan mereka bermula sekitar penghujung 2016.
Menerusi tinjauan Sinar Harian di ruang komen milik penyanyi tersebut, rata-rata teruja untuk menyaksikan merpati dua sejoli ini duduk bersanding di atas pelamin.
Pada masa sama penyanyi terkenal Azharina Azhar turut mengambil peluang dan kesempatan ini memuji pasangan itu.
"Beautiful soul," katanya.