Utusan jual bangunan pejabat RM7 juta

No Image Caption
A
A
A
KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Mediamony Sdn Bhd, menjual bangunan kedai pejabat lima tingkat di Petaling Jaya pada harga RM7 juta kepada Eden Resources Sdn Bhd.

Kumpulan berkenaan berkata, hasil daripada cadangan jualan itu akan digunakan sebahagiannya untuk keperluan dana modal kerja bagi membiayai operasi harian, termasuk bayaran kepada pemiutang, perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan operasi lain.

Tambahnya, penggunaan sebenar belum ditentukan pada masa ini dan ia mungkin berbeza pada masa penggunaan.

“Lembaga pengarah berpendapat bahawa cadangan jualan itu adalah demi kepentingan terbaik Kumpulan Utusan memandangkan cadangan ini akan membolehkan kumpulan meraih dana bagi keperluan modal kerja,” kata Utusan Melayu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Cadangan penjualan itu dijangka dimuktamadkan menjelang hujung 2019. - Bernama
Artikel Berkaitan: