Niat bawa seorang pelajar tahfiz: Zamani

Penyanyi, Zamani
Penyanyi, Zamani
A
A
A

PENYANYI, Zamani bakal mengerjakan ibadah umrah pada November depan.

Menurut penyanyi Syair Si Pari-Pari, dia akan pergi bersama pengurusnya selain mendapat tajaan.

Sebagaimana laporan mStar Online, Zamani, 47, berniat untuk membawa seorang pelajar tahfiz.

No Image Caption

"Insya-ALLAH doakan segalanya dipermudahkan, saya pun dah lama simpan niat untuk ke sana. Alhamdulillah rezeki datang bersama tajaan.

"Saya tak pergi berseorangan, pengurus saya juga ada iaitu Aalan dan saya juga ada niat untuk mencari seorang anak tahfiz bawa bersama.

"Jadi, untuk dia saya sendiri yang akan taja, akan tetapi buat masa sekarang masih lagi dalam fasa perbincangan," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Sementelah itu, pinta penyanyi berkenaan, tiada lagi mana-mana pihak kaitkan lagu terbaharunya, Aduh dengan penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza.

"Saya sudah pernah nyatakan tentang hal ini berulang kali. Saya rasa tidak sopan untuk terus beri komen fasal isu ini.

"Dia (Siti) sudah jadi isteri dan ibu. Saya khuatir masyarakat fikir saya enggan teruskan kehidupan, saya sudah move on.

"Memang lagu baharu ini mengisahkan patah hati dan menerusi pengalaman sendiri, namun ia dicipta secara terbuka dan tak tuju kepada siapa pun," pintanya.