Umie Aida puji nyanyian Tok Ti

Pelakon, Umie Aida
A
A

PELAKON terkenal, Datin Sri Umi Khalsum Rahmad Ali atau lebih dikenali Umie Aida, 46, tampil memuji nyanyian penyanyi nombor satu negara, Tok Ti.
Coret Umi di laman sosialnya, Tok Ti memiliki kehebatan seni suara yang luar biasa.
"Bagilah note tinggi macam mana sekali pun... bila tarik... tak sakit telinga kita dengar.
"Malah lunak merdu... itulah kehebatan," tulisnya kagum.

Instagram Umie Aida
Instagram Umie Aida
Rata-rata peminat dan pengguna laman sosial tersebut sebulat suara menyetujui apa yang dinyatakan oleh pelakon itu.
Sementara itu, ada juga peminat yang memuji Umi kerana berdiri di atas bakat sendiri.
"Apa kurangnya Kak Umi, hebat dalam bidang lakonan macam kawan baik akak, siapa lagi kalau bukan Erra Fazira," tulis salah seorang peminat Umi.