Operator kilang maut dihempap kaca 5.6 tan

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dihempap kotak berisi kaca dalam kontena.
Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dihempap kotak berisi kaca dalam kontena.
A
A
A

JASIN - Seorang operator kilang maut selepas dihempap kotak berisi kaca seberat 5.6 tan di sebuah kilang kaca di kawasan perindustrian Lipat Kajang, di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu, mangsa Muhammad Umar Mohd Shahid, 23, sedang menjalankan kerja mengikat kotak kaca di dalam kontena di gudang kilang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, ketika sedang menjalankan kerja mengikat kotak, mangsa dikatakan terlanggar kayu penahan di dalam kontena itu.

Operator kilang maut dihempap kotak berisi kaca seberat 5.6 tan di sebuah kilang kaca di kawasan perindustrian Lipat Kajang, pada Rabu.
Operator kilang maut dihempap kotak berisi kaca seberat 5.6 tan di sebuah kilang kaca di kawasan perindustrian Lipat Kajang, pada Rabu.

“Insiden itu mengakibatkan kaca seberat 5.6 tan menghempap mangsa sehingga patah kedua-dua kaki, tengkuk serta beberapa kecederaan lain akibat serpihan kaca,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa yang berasal dari Tangkak, Johor itu kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” tambahnya.

Artikel Berkaitan: