Sila log masuk terlebih dahulu.

Harga RON97 naik 9 sen

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak sembilan sen seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Februari.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataannya memaklumkan, harga baharu RON97 adalah RM3.31.

Bagi harga runcit RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada harga RM2.05 dan RM2.15.

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling.

"Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan," katanya pada Rabu.

Ujar kementerian itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel Berkaitan: