Dua kenderaan lepaskan asap hitam lebih had dikompaun

Antara kenderaan yang ditahan ketika Ops Bersepadu Penguatkuasaan Kenderaan Bermotor Diesel oleh JAS Selangor bersama Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang dijalankan di Templer Park pada Selasa.
Antara kenderaan yang ditahan ketika Ops Bersepadu Penguatkuasaan Kenderaan Bermotor Diesel oleh JAS Selangor bersama Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang dijalankan di Templer Park pada Selasa.
A
A
A

GOMBAK - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengenakan kompaun kepada dua kenderaan berenjin diesel yang melepaskan asap hitam melebihi had dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

JAS menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan tindakan tersebut diambil dalam Ops Bersepadu Penguatkuasaan Kenderaan Bermotor Diesel oleh JAS Selangor bersama Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang dijalankan di Templer Park, di sini pada Selasa.

Menurut hantaran tersebut, sejumlah 382 kenderaan berenjin diesel pelbagai jenis disaring sepanjang tempoh operasi berlangsung bermula dari jam 11 pagi sehingga 12.30 tengah hari pada hari berkenaan dan 55 kenderaan perlu melalui ujian pelepasan asap.

"Selain dua kompaun yang dikeluarkan atas kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had dibenarkan, sejumlah enam Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang terlibat.

"Para pemilik kenderaan berenjin diesel diingatkan supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974," jelas hantaran tersebut pada Selasa.

Artikel Berkaitan: