Majikan diingat sediakan penyata saraan pekerja 2021

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memberi peringatan kepada majikan untuk menyediakan penyata saraan pekerja bagi tahun 2021.

LHDN dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, mengikut peruntukan subseksyen 83(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), penyata saraan yang juga dikenali sebagai Penyata EA (bagi majikan sektor swasta) dan Penyata EC (bagi majikan sektor kerajaan) perlu diserahkan kepada pekerja pada atau sebelum 28 Februari setiap tahun.

“Ini bagi membolehkan pekerja mereka melengkapkan, seterusnya mengemukakan Borang Nyata masing-masing kepada LHDN dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, majikan boleh merujuk nota panduan untuk mengisi Penyata EA dan EC yang disediakan dalam portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau melalui pautan Nota_Penerangan_E2021_1.pdf (hasil.gov.my).

“Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: