Sekolah terus tutup hingga cuti penggal

Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik mengadakan sidang akhbar bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Johor Azman Adnan (kiri) dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Datuk Yahaya Madis (kanan) di Stadium MPPG, Pasir Gudang hari ini. Gambar : RAJA JAAFAR ALI

A
A
A

PASIR GUDANG - [DIKEMASKINI] Kesemua sekolah terlibat pencemaran kimia akan terus ditutup sehingga cuti pertengahan penggal 1, Jumaat ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, keputusan itu diambil sebagai langkah berhati-hati.

"Kita menerima taklimat daripada jawatankuasa bencana tadi dan berdasarkan konsep langkah berhati-hati sekolah akan terus ditutup sehingga cuti pertengahan penggal 1.

Anggota pasukan dari Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) menggunakan peralatan Chemical Detector AP4C untuk mengesan sisa toksik dan bahan kimia pada seorang lelaki ketika mendapatkan rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, semalam.

"Kita berharap dengan makluman ini semua mengambil maklum dengan perkembangan semasa di sini dan jika ada maklumat tambahan kita akan maklum dari semasa ke semasa," katanya selepas melawat pusat saringan di Stadium Tertutup Pasir Gudang di sini, hari ini.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan akan melihat perkembangan semasa keperluan sekolah kembali beroperasi pada 31 Mac ataupun tidak.

Cuti sekolah pertengahan penggal akan bermula 22 Mac hingga 30 Mac ini.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Bahagian Keselamatan Kimia, Jabatan Kimia Malaysia, Muhammad Yazid Ibrahim (kiri) bersama anggota Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kimia menggunakan alat pengesan gas di SMK Kota Masai bagi memantau kualiti udara.

Beliau juga mengesahkan tiada perubahan jadual peperiksaan awam akan berlaku meskipun proses pembelajaran dan pengajaran terganggu akibat bencana di Pasir Gudang.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mengarahkan 111 sekolah yang melibatkan 115,023 pelajar di Pasir Gudang ditutup serta merta selepas pelajar dan kakitangan daripada beberapa buah sekolah dikesan terkesan akibat pencemaran kimia di Sungai Kim Kim.

Seorang pekerja melihat kerja-kerja pemungahan guni-guni yang berisi tanah dari sungai Kim Kim yang telah dibersihkan di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang hari ini. Gambar : RAJA JAAFAR ALI
Seorang pekerja melihat kerja-kerja pemungahan guni-guni yang berisi tanah dari sungai Kim Kim yang telah dibersihkan di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang hari ini. Gambar : RAJA JAAFAR ALI