Enam termasuk pembantu pegawai khas Exco ditahan

No Image Caption
A
A
A

GEORGETOWN - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan enam individu dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berkaitan satu program membabitkan golongan penjaja melibatkan nilai rasuah lebih RM80,000.

Menurut sumber, keenam-enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 25 hingga 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Pulau Pinang pada petang Selasa.

Sumber berkata, individu terbabit termasuk seorang pembantu pegawai khas Exco negeri berusia 42 tahun dipercayai mengemukakan butir matan palsu berkaitan pembekalan peralatan melibatkan enam buah syarikat sedangkan program pada 2020 tersebut tidak dilaksanakan.

"Tiga individu kini ditahan di lokap SPRM Pulau Pinang dan akan dilepaskan dengan jaminan SPRM dalam tempoh 24 jam manakala tiga lagi akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang esok untuk permohonan reman," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Lim Bee Kean ketika dihubungi berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: