Covid-19: Kadar kebolehjangkitan negara melonjak 1.39

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 dalam negara merekodkan lonjakan sehingga mencecah 1.39 pada Selasa berbanding 1.32 pada Isnin.

Menerusi infografik dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitternya pada Rabu, semua negeri melepasi kadar Rt 1.0 dengan Sarawak dan Perlis merekodkan kadar tertinggi iaitu masing-masing 1.68 dan 1.65.

Ia diikuti dengan Sabah mencatatkan 1.59, Labuan (1.51), Terengganu (1.4), Kedah (1.36), Putrajaya (1.35), Pulau Pinang (1.34) dan Pahang (1.28).

Dalam pada itu, negeri lain yang melepasi nilai Rt 1.0 pula ialah Johor dengan 1.26, disusuli Selangor (1.25), manakala Perak dan Kelantan merekodkan nilai yang sama iaitu 1.24, Melaka (1.2) Kuala Lumpur (1.18) serta Negeri Sembilan (1.14).

Pada Selasa, Malaysia merekodkan kes baharu Covid-19 melebihi paras 10,000 untuk tiga hari berturut-turut apabila 13,944 kes dilaporkan setakat jam 12 tengah hari berbanding Isnin dengan 11,034 kes.

Artikel Berkaitan: