Sila log masuk terlebih dahulu.

Ibu bapa bukan antivaksin, perlu penjelasan lebih jelas

Mohamad Ali ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Harian Edisi ke-321 bertajuk ‘PICKids: Kenapa Ibu Bapa Tidak Berani’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa. - Foto Sinar Harian/ ROSLI TALIB
Mohamad Ali ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Harian Edisi ke-321 bertajuk ‘PICKids: Kenapa Ibu Bapa Tidak Berani’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa. - Foto Sinar Harian/ ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Majoriti ibu bapa tidak membenarkan anak mengambil vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) kerana masih belum mendapatkan penjelasan yang jelas terhadap kesan bakal dialami anak-anak mereka.

Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam, Datuk Azizi Abd Hamid berkata, ibu bapa terbabit bukan daripada kumpulan antivaksin kerana rata-rata daripada mereka telah melengkapkan keperluan vaksinasi masing-masing.

“Saya rasa kerisauan mereka ini adalah tentang penerangan lebih jelas terhadap implikasinya pengambilan vaksin itu kepada anak.

“Ini kerana sedangkan mereka yang dewasa pun ada menerima kesan akibat pengambilan vaksin, termasuk kesan jangka panjang. Jadi mereka risau anak kecil ini tidak mampu menangani kesakitan yang mereka alami semasa mengambil vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Harian Edisi ke-321 bertajuk ‘PICKids: Kenapa Ibu Bapa Tidak Berani’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Wacana itu turut menampilkan Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Yahya Mat Arip; Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Dr Mohamad Ali Hasan manakala Khairi Amri bertindak sebagai moderator.

Dari kiri: Khairil, Mohamad Ali dan Azizi ketika tampil dalam Wacana Sinar Harian Edisi ke-321 bertajuk ‘PICKids: Kenapa Ibu Bapa Tidak Berani’ yang di semua platform Sinar Harian pada Selasa. - Foto Sinar Harian/ ROSLI TALIB
Dari kiri: Khairil, Mohamad Ali dan Azizi ketika tampil dalam Wacana Sinar Harian Edisi ke-321 bertajuk ‘PICKids: Kenapa Ibu Bapa Tidak Berani’ yang di semua platform Sinar Harian pada Selasa. - Foto Sinar Harian/ ROSLI TALIB

Mengulas lanjut, Azizi berkata, terdapat ibu bapa berpandangan kesan vaksin Covid-19 adalah berbeza berbanding vaksin lain yang pernah diambil anak mereka semasa kecil yang dilihat tidak menunjukkan sebarang kesan sampingan.

Artikel Berkaitan:

"Ada kalangan mereka juga berpendapat tahap imunisasi anak-anak mereka yang berusia 12 tahun dan ke bawah sudah mencukupi untuk melindungi diri daripada Covid-19.

"Kerisauan mereka turut disumbang oleh maklumat negatif yang diterima di sosial media mengenai vaksinasi terhadap kanak-kanak.

Dalam pada itu, Mohamad Ali berkata, majoriti ibu bapa didapati mengambil pendirian tunggu dan lihat sebelum membenarkan anak mereka mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di bawah PICKids.

"Ada juga ibu bapa yang memilih dan mahu anak mereka mengambil vaksin Sinovac dan bukan Pfizer. Jadi ini pun perkara yang perlu kita fikirkan dan hadapi,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa supaya berfikiran positif terhadap usaha kerajaan kerana ia didapat tidak memudaratkan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak

Untuk menggalakkan ibu bapa memvaksinkan anak-anak, beliau turut memberikan cadangan untuk mewujudkan pusat vaksinasi kanak-kanak khas di sekolah bagi memudahkan mereka mengambil suntikan tersebut.