Maritim tahan tiga kru bot nelayan warga Thailand

Tiga nelayan warga Thailand ditahan selepas didapati dokumen pengenalan diri yang dikemukakan meragukan.
Tiga nelayan warga Thailand ditahan selepas didapati dokumen pengenalan diri yang dikemukakan meragukan.
A
A
A

KUALA KURAU - Tiga kru warga Thailand ditahan bersama 100 kilogram hasil ikan di perairan Pulau Terong, di sini pada Isnin.

Rondaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekitar jam 1 petang itu berjaya mengesan bot nelayan kelas C dinaiki mereka dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 12.8 batu nautika barat daya Pulau Terong.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, pemeriksaan ke atas bot menemukan tiga kru termasuk tekong berusia lingkungan 40 hingga 51 tahun yang kesemuanya warga Thailand.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, dokumen pengenalan diri yang dikemukakan oleh kesemua suspek adalah meragukan.

"Sebanyak 100 kilogram hasil ikan baja turut ditemui semasa pemeriksaan ke atas bot dilakukan.

Kesemua suspek, bot, peralatan menangkap ikan dan hasil ikan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
Kesemua suspek, bot, peralatan menangkap ikan dan hasil ikan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

"Kesemua suspek, bot, peralatan menangkap ikan dan hasil ikan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.