Rakaman video pesawat pejuang terhempas bocor

Dua imej menunjukkan detik-detik jet pejuang F-35C milik tentera Amerika Syarikat terhempas di atas dek kapal USS Carl Vinson di Laut China Selatan pada hujung bulan lalu. - Gambar Agensi
Dua imej menunjukkan detik-detik jet pejuang F-35C milik tentera Amerika Syarikat terhempas di atas dek kapal USS Carl Vinson di Laut China Selatan pada hujung bulan lalu. - Gambar Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Satu rakaman video yang menunjukkan sebuah pesawat pejuang tentera Amerika Syarikat (AS), F-35C bernilai lebih AS$100 juta (RM418.53 juta) terhempas di atas dek sebuah kapal pengangkut pesawat USS Carl Vinson di Laut China Selatan bocor di online baru-baru ini.

Pada mulanya insiden itu disiarkan menerusi sebuah komputer.

Namun, terdapat seorang individu dipercayai mengambil kesempatan merakamkan detik-detik jet berkenaan yang disiarkan menerusi komputer itu dengan menggunakan telefon bimbit.

Rakaman yang bocor itu menunjukkan jet pejuang berkenaan menghampiri dek penerbangan kapal pengangkut pesawat tersebut yang sedang belayar di Laut China Selatan dalam kejadian pada 24 Januari lalu.

Segala-galanya kelihatan normal sehingga beberapa saat sebelum jet pejuang itu mendarat tetapi sayap kiri F-35C senget dan mengenai landasan VSS Carl Vinson menyebabkan terhasilnya api di atas dek sebelum ia terjatuh di Laut China Selatan.

Bagaimanapun, juruterbang jet berkenaan berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan kerusi anjal sebelum ia terhempas di permukaan laut tersebut.

Ini kali pertama rakaman seperti itu dikeluarkan yang menunjukkan kemalangan itu dengan sangat terperinci.

Klip tersebut telah disahkan oleh Jabatan Pertahanan AS sebagai tulen. - Agensi

Artikel Berkaitan: