'PJS patut berikan PSM lebih ruang selesaikan kemelut'

Abdul Halim
Abdul Halim
A
A
A

PERSATUAN Sepak Takraw Negeri Johor (PSJ) menyifatkan keputusan Pesuruhjaya Sukan (PJS) untuk mempertimbangkan mewujudkan entiti baharu mewakili sukan sepak takraw bagi menggantikan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bukan sahaja mengejutkan, malah membelakangkan pandangan ahli gabungan berkenaan.

Malah menurut Presiden PSJ, Datuk Abdul Halim Suleiman, PJS juga sudah sedia maklum bahawa badan induk sepak takraw negara tersebut akan mengadakan Mesyuarat Agung pada 12 Februari depan.

Justeru katanya, PJS seharusnya memberi lebih ruang kepada ahli gabungan PSM khususnya barisan kepimpinan PSM yang baharu nanti untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Apatah lagi, 13 negeri yang menjadi ahli gabungan sekarang kebanyakannya merupakan majoritinya menyokong PSM.

Persoalannya, kenapa kenyataan atau cadangan untuk mewujudkan entiti baharu itu dibuat sekarang?

“Apakah PJS dipengaruhi oleh pihak yang berada di luar PSM?

Diharap tiada pihak luar campur tangan dalam kemelut yang melanda PSM termasuk isu membabitkan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

“Biarlah barisan kepimpinan baharu yang akan dipilih pada 12 Februari nanti menyelesaikan masalah dan kemelut ini.

Artikel Berkaitan:

PJS sepatutnya membantu, bukannya ibarat sokong yang membawa rebah,” ujarnya yang juga Naib Presiden PSM.