Messi akhiri kemarau jaringan di Ligue 1

Messi meraikan jaringannya bersama Mbappe ketika membantu PSG menewaskan Lille
Messi meraikan jaringannya bersama Mbappe ketika membantu PSG menewaskan Lille
A
A
A

PENYERANG Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi menjaringkan gol Ligue 1 pertamanya sejak November ketika membantu pasukannya menumpaskan juara musim lalu Lille 5-1 di Stade Pierre Mauroy awal pagi tadi.

Jaringan tersebut sekaligus mengakhiri kemarau gol pemain kelahiran Argentina itu, dalam enam perlawanan liga dengan Danilo Pereira menjaringkan dua gol selain Presnel Kimpembe turut mencatat nama sebagai penjaring sebelum Kylian Mbappe melengkapkan kemenangan PSG.

"Saya tidak ragu-ragu, Leo (Messi) adalah pemain terbaik di dunia. Seperti orang lain, dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

"Dia memerlukan masa untuk memulihkan bentuk fizikal terbaiknya, selepas sebulan tidak bermain kerana Covid-19.

"Jadi sangat penting untuk Leo menunjukkan penyertaan dan komitmen sedemikian," kata pengendali PSG, Mauricio Pochettino

Kemenangan tersebut menyaksikan PSG berjaya melebarkan jurang di kedudukan teratas Ligue 1 dengan kelebihan 13 mata.

Tumpuan PSG selepas ini akan terarah kepada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara bertemu Real Madrid, 15 Februari ini.

"Beraksi bertemu Real Madrid mengubah banyak perkara. Walaupun saya bebas untuk melakukan apa saja yang dimahukan, saya tidak akan bercakap mengenai pihak lawan.

Artikel Berkaitan:

"Fokus saya adalah untuk memenangi perlawanan dengan Real Madrid dan kita saksikan apa yang berlaku selepas itu," kata Mbappe sebagai mengulas masa depannya bersama PSG.