MITI akan tingkatkan akses pasaran IKS: Azmin

Azmin
Azmin
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan menjana lebih banyak peluang kolaborasi dan peningkatan akses pasaran bagi industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan di pasaran antarabangsa.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penggiat IKS merupakan tunjang utama kepada ekonomi negara dengan komposisi sebanyak 98 peratus daripada keseluruhan pertubuhan perniagaan di Malaysia.

Katanya, peluang kolaborasi dan peningkatan akses pasaran itu adalah melalui pelaburan baharu dan perjanjian perdagangan bebas yang bertindak sebagai antara strategi utama pemulihan pasca pandemik.

MITI komited untuk menjana lebih banyak peluang kolaborasi dan peningkatan akses pasaran bagi IKS tempatan di pasaran antarabangsa melalui pelaburan baharu dan perjanjian perdagangan bebas yang bertindak sebagai antara strategi utama pemulihan pasca pandemik,” kata Azmin menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Azmin menerusi hantarannya itu turut memaklumkan bahawa pada Ahad beliau meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama IKS yang beroperasi di kawasan Tangkak, Pagoh dan Muar di Johor.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, beliau berkesempatan untuk berbual dengan beberapa pemain industri tempatan yang berkongsi dan menyatakan pengalaman mereka dalam meningkatkan visibility (penglihatan) dan meluaskan akses pasaran melalui platform dalam talian.

Artikel Berkaitan: