Dulu tolak ganjaran wang, kini enggan terima kereta Tesla

Jack Sweeney - Foto Jack Sweeney
Jack Sweeney - Foto Jack Sweeney
A
A
A

WASHINGTON - Seorang remaja berusia 19 tahun yang sedang mempelajari bidang teknologi maklumat di sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) telah menolak tawaran memperoleh kereta elektrik Tesla Model 3 secara percuma baru-baru ini sebagai balasan untuk memadamkan akaun Twitternya.

Pelajar itu, Jack Sweeney mempunyai program yang dikenali sebagai bot di akaun Twitternya dan ia boleh digunakan untuk menjejaki lokasi jet peribadi Elon Musk iaitu bilionair paling kaya di dunia.

Bagaimanapun, dia telah menolak tawaran untuk memperoleh sebuah kereta elektrik Tesla itu secara percuma selama tiga tahun yang ditawarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Autonomy, Scott Painter.

Harga kereta Tesla model 3 di Amerika Syarikat (AS) adalah lebih AS$44,000 (RM183,898).

Alasan yang diberikan oleh Sweeny ialah tawaran itu kemungkinan mempunyai kaitan dengan Musk.

Pada bulan lalu, Musk pernah menawarkan wang sebanyak AS$5,000 (RM20,897) untuk memadamkan program yang mengesan penerbangan jet peribadinya di akaun Twitter pelajar tersebut.

Namun, Sweeney kemudian membalas mesej daripada bilionair tersebut bahawa dia mahukan lebih banyak wang dan sebaliknya meminta kira-kira AS$50,000 (RM208,975) daripadanya.

Ketika itu, pelajar tersebut memberitahu Musk yang dianggarkan mempunyai kekayaan lebih AS$240 bilion (RM1 trilion) memberikan nasihat kepada bilionair tersebut tentang program yang boleh digunakan untuk menyekat jadual penerbangannya itu daripada dapat dikesan.

Artikel Berkaitan:

Musk dilaporkan menerima nasihatnya dan menggunakan program tersebut.- Agensi