Suara Perantau juara Pertandingan Paluan Dikir Barat

Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang.
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan dikir Suara Perantau dinobatkan sebagai juara Pertandingan Paluan Dikir Barat Gabungan Pendikir Lembah Klang, Sabtu lalu.

Tempat kedua dimenangi oleh MyDK Company dari Kuala Lumpur serta tempat ketiga menjadi milik kumpulan dikir Suara Proton dari Shah Alam.

Pertandingan dikir yang menghimpunkan sebilangan kumpulan dikir dari sekitar Lembah Kelang itu diadakan di Kompleks Media Karangkraf disini.

Presiden Gabungan Pendikir Lembah Klang (GPLK ) Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman berkata pertandingan tersebut dianjurkan oleh pihaknya dengan kerjasama Sinar Harian, Karangkraf, NMS Mover, STEADY Engine Oil.

Antara kumpulan-kumpulan dikir barat yang berentap dalam Pertandingan Paluan Dikir Barat Gabungan Pendikir Lembah Klang, Sabtu lalu.
Antara kumpulan-kumpulan dikir barat yang berentap dalam Pertandingan Paluan Dikir Barat Gabungan Pendikir Lembah Klang, Sabtu lalu.

"Menariknya, pertandingan ini diadakan secara santai pertama kali dianjurkan di Malaysia.

"Secara langsung ia diadakan bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam persembahan dikir barat," katanya.

Katanya, sekaligus pertandingan ini memberikan peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan persembahan dikir secara langsung.

"Ia merupakan sebuah pertandingan yang unik dimana memberikan informasi mengenai persembahan dikir barat.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang.

"Sekali gus memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan pertandingan seumpama ini," katanya.

Sementara itu, Pemain Rebana Terbaik dimenangi oleh kumpulan Suara Perantau, Kajang manakala anugerah Khas Juri pula dimenangi oleh kumpulan Sri Gemersik Warrior, Banting.

Turut hadir merasmikan majlis sekaligus menyampaikan hadiah kepada pemenang adalah Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.