Scammer: Mengapa kita mudah terpedaya?

A
A

JENAYAH scammer bukanlah perkara asing di negara ini dengan nilai kerugian dicatatkan mencecah nilai berbilion ringgit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Walaupun banyak kes dilaporkan setiap hari di dada akhbar dan di media elektronik, namun masih ada yang terpedaya dengan taktik modus operandi scammer.

Tidak dapat tidak, harus diakui scammer ini cukup kreatif mengubahsuai taktik yang mereka gunakan selain cukup bijak bermain dengan kata-kata sehingga mangsa tertipu.

Dari sudut stastistik kerugian juga memperlihatkan kebimbangan ketara dengan kerugian yang dialami mangsa dicatatkan pada 2017 dan 2018 mencecah RM1.5 billion hingga RM2 billion.

Malah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor turut mengakui ia merupakan angka yang sangat besar dan tidak menampakkan trend penurunan.

Justeru, mengapa kita mudah terpedaya dan sukar menepis ‘godaan’ dari scammer ini?

Jangan lupa untuk dapatkan akhbar Sinar Harian hari ini untuk kupasan lebih lanjut mengenai isu scammer ini.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia