Kenduri antara punca kes Covid-19 melonjak di Kelantan

Kenduri dan pergerakan keluar masuk sepanjang cuti umum sempena Tahun Baharu Cina menjadi antara faktor yang menyumbang kepada lonjakan kes positif Covid-19 di negeri ini.
Kenduri dan pergerakan keluar masuk sepanjang cuti umum sempena Tahun Baharu Cina menjadi antara faktor yang menyumbang kepada lonjakan kes positif Covid-19 di negeri ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Kenduri dan pergerakan keluar masuk sepanjang cuti umum sempena Tahun Baharu Cina menjadi antara faktor yang menyumbang kepada lonjakan kes positif Covid-19 di negeri ini.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Husin berkata, perkumpulan secara beramai-ramai tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) turut menjadi punca pertambahan kes positif.

"Bagaimanapun, majoriti kes tersebut melibatkan kategori tahap satu dan dua sahaja," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut katanya, JKNK kini berada dalam keadaan siap sedia untuk mengaktifkan lebih banyak PKRC sekiranya diperlukan berikutan peningkatan kes.

Bagaimanapun, buat masa ini jelasnya, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) masih mampu menampung pesakit sedia ada.

"Nasihat saya kekal patuh kepada SOP supaya rantaian Covid-19 dapat diputuskan dengan sebaik mungkin.

"Terus memakai pelitup muka, menjaga penjarakan sosial dan sebagainya seperti arahan kerajaan," katanya.

Pada Sabtu, sebanyak 637 kes positif Covid-19 telah direkodkan di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

Pertambahan itu menyaksikan Kelantan mencapai 75 peratus peningkatan kes dalam tempoh 14 hari.