Kesan tragedi amat terkesan buat orang New Zealand

Penduduk beragama kristian menjaga masjid ketika Muslim sedang menunaikan solat.
Penduduk beragama kristian menjaga masjid ketika Muslim sedang menunaikan solat.
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Serangan yang berlaku terhadap masjid Christchurch, New Zealand pada Jumaat telah meninggalkan kesan seluruh masyarakat di dunia.

Rata-rata mengeji tindakan yang dibuat oleh pengganas tersebut. Menembak secara rambang orang Islam di dalam masjid yang ingin menunaikan solat Jumaat adalah tindakan biadap dan sangat kejam.

Namun yang lebih mengharukan apabila rata-rata masyarakat tidak kita agama dan bangsa terus bangkit menentang serangan tersebut. Ini kerana setiap agama mempunyai hak untuk dihormati.

No Image Caption

Menerusi satu muat naik Facebook, satu perkongsian telah disertakan dengan gambar yang menunjukkan penganut Kristian berdiri di hadapan masjid seperti 'pagar' bagi melindungi jemaah yang sedang menunaikan solat.

Hal ini mengundang sebak dan rasa terharu melihat senario itu dan netizen meninggalkan pelbagai komen.

No Image Caption

"Orang-orang New Zealand memang terkenal dengan sifat-sifat baik... Yang buat onar dan jahat ini dari negara lain... Tempias kena dekat New Zealand. Moga Islam makin subur di bumi New Zealand, hikmah dari kjadian kelmarin. Wallahualam," tulis Aliyaisma Ariffin.

Artikel Berkaitan:

"Allahuakhbar sesungguhnya engkaulah ya ALLAH maha pengasih dan maha penyayang... Besar sungguh nikmat kasih sayangmu pd setiap hambamu... Moga semua ini berkekalan dan bertambah baik hendaknya," tulis Laila Razamalifaqihah.

"Terharunya dgn sikap dan keharmonian daripada orang-orang New Zealand terhadap orang Islam. Baik betul New Zealanders ini. Sangat menghormati agama Islam. Semoga orang di sana mendapat hidayah juga. Rasa macam tak sabar nak pergi bercuti sana," tulis Emy Osman.

"Negara New Zealand memang negara orang baik-baik, bila jadi kes macam ini memang pelik, rupanya orang luar yang buat onar," tulis Wafi Abd Rahim.

"Inilah toleransi yang sangat perlu ada di Malaysia... Tiada racun, tidak menyalahkan agama, tetapi kita menentang pelampau," tulis Ismail Arifin.

"Alang kah baiknya jika begitu caranya diamalkan di Malaysia,daripada benci membenci,kutuk mengutuk dan hina menghina," tulis Felix Lunggiri.

"Kaum lain di Malaysia,sila ambil ikhtibar dari peristiwa bukannya asyik nk menghina agama islam...kalau dibarat boleh bertindak sedemikian rupa mengapa sini tak boleh," tulis NorFarina Kasim.

No Image Caption