Sila log masuk terlebih dahulu.

909 jangkitan Covid-19 di Sabah hari ini

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kes harian Covid-19 di Sabah meningkat dua kali ganda daripada 476 kes dicatatkan semalam kepada 909 kes pada Jumaat, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Masidi Manjun.

Menurut Masidi, peningkatan ketara sebanyak 433 kes dalam tempoh 24 jam itu melibatkan beberapa kluster di sekolah.

"Empat kluster baharu semuanya dari sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandau, SMK Tandek, Kota Marudu, Mat Salleh, Ranau dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Fuad di Sandakan.

"Sandakan 185 kes, Penampang 115 kes dan Kota Kinabalu 101 kes," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, 16 daerah turut mencatatkan peningkatan kes harian antaranya Tuaran 42 kes, Lahad Datu (40 kes), Beufort (30 kes), Kota Marudu (37 kes) dan Papar (27 kes).

Tambah Masidi, 900 daripada 909 kes harian itu merupakan pesakit Kategori 1 dan 2. - Awani

Artikel Berkaitan: