Tuntutan palsu: Ketua penolong pengarah antara ditahan

SHAHAROM
A
A

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang ketua penolong pengarah sebuah jabatan kerajaan bersama tiga orang kontraktor kerana terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

Menurut sumber, keempat-empat suspek yang berusia antara 34 hingga 41 tahun itu ditahan antara jam 5.00 hingga 5.30 petang hari ini.

Katanya, mereka disyaki membuat tuntutan palsu berhubung pembekalan dan perkhidmatan untuk Kementerian Pelancongan berjumlah RM1.2 juta melibatkan program-program pelancongan di Pulau Langkawi.

Tambahnya, pembayaran untuk kerja- kerja tersebut telah dibuat antara tahun 2014 hingga 2016, bagaimanapun kerja-kerja terbabit tidak dilaksanakan.

"Kesemua suspek kini ditahan di lokap IPD Kota Setar dan IPD Kubang Pasu sebelum dibawa ke Mahkamah Alor Setar untuk mendapatkan perintah tahanan reman esok pagi," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap mengesahkan tangkapan keempat-empat suspek.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia