Nahas: Peniaga maut, isteri kritikal

Lori muatan gula terbalik akibat kemalangan itu.
Lori muatan gula terbalik akibat kemalangan itu.
A
A
A

KULIM - Seorang peniaga maut manakala isterinya kritikal dalam nahas jalan raya di KM14.5 Jalan Titi Karangan- Baling, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan, Ahmad Nasir Jaafar berkata, kemalangan jam 1 petang itu mengakibatkan pemandu Md Isa Hashim, 66, maut ditempat kejadian selepas kereta jenis Nissan Sunny dipandu bertembung sebuah lori trelar.

Menurutnya, isteri mangsa, Noorain Abu Bakar, 61, parah di kepala manakala pemandu lori, Husni Ahmad, 42, beralamat Ketereh, Kelantan alami cedera ringan di kaki dan tangan.

"Hasil siasatan lori treler dari arah Kulim menghala ke Baling manakala kereta mangsa dari arah Baling menghala ke Kulim.

"Kemalangan berlaku apabila kereta dari arah Baling menghala ke arah Kulim dipercayai telah memotong kenderaan lain dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori trelar," katanya.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut, pemandu kereta mengalami cedera parah dibahagian kepala dan maut ditempat kejadian.

"Penumpang kereta dan pemandu lori masing-masing cedera dan dibawa ke Hospital Kulim.

"Bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan di forensik Hospital Kulim," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.