Polis Negeri Sembilan keluar 5,197 saman

Shafiei (kiri) membuat pemeriksaan kenderaan yang melalui Plaza Tol Mambau Lebuhraya Seremban - Port Dickson.
Shafiei (kiri) membuat pemeriksaan kenderaan yang melalui Plaza Tol Mambau Lebuhraya Seremban - Port Dickson.
A
A
A

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan mengeluarkan 5,197 saman bernilai RM1.23 juta dalam tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina 2022 di negeri ini yang bermula Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, kesalahan itu dikesan dalam 82 operasi dilaksanakan.

Menurutnya, terdapat pelbagai kesalahan dikesan dan yang tertinggi adalah memandu melebihi had laju ditetapkan iaitu 2,750 kes, diikuti kesalahan halangan lalu lintas (476 kes), tiada lesen (263 kes), nombor pendaftaran (196) dan tali pinggang keledar (172 kes).

"Sebanyak 370 kes kemalangan dengan satu kematian direkodkan dan secara keseluruhan, jumlah kemalangan mengikut jenis jalan direkodkan menunjukkan penurunan melainkan di jalan bandaran.

Sekatan jalan raya sempena Op Selamat berhampiran Plaza Tol Mambau Lebuhraya Seremban - Port Dickson.
Sekatan jalan raya sempena Op Selamat berhampiran Plaza Tol Mambau Lebuhraya Seremban - Port Dickson.

"Jumlah kemalangan yang berlaku di jalan bandaran menunjukkan peningkatan iaitu 124 kes berbanding Op Selamat 2020 iaitu 100 kes," katanya ketika sidang akhbar selepas membuat pemantauan Op Selamat di Plaza Tol Mambau Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini pada Khamis.

Selain itu katanya, sebanyak 11 individu telah ditahan iaitu enam di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (empat) dan seorang tangkapan bersabit orang dikehendaki Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: