Annuar, Takiyuddin individu penting jayakan Himpunan Penyatuan Ummah

Takiyuddin, Annuar
Takiyuddin, Annuar
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan merupakan individu penting dalam usaha memastikan Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, Jawatankuasa Sekretariat Himpunan telah bermesyuarat selama dua bulan bagi memastikan penyatuan ummah antara kedua-dua parti itu berjaya.

“Saya cukup memahami kesungguhan Annuar, saya masih ingat kata-kata yang beliau sebut di dalam mesyuarat sekretariat bagi menggambarkan hubungan Pas-UMNO sebelum HPU dibentuk.

Khairul Faizi
Khairul Faizi

“Justeru saya boleh memahami air mata yang dicurahkan oleh Annuar ketika berlangsungnya HPU adalah bagi menzahirkan apa yang beliau rasakan selama ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, Annuar juga memainkan peranan penting dalam pemerkasaan serta memperkukuhkan agenda Muafakat Nasional (MN).

“Begitu juga dengan peranan Annuar dalam mesyuarat yang sangat bersungguh-sungguh supaya MN diperkasa serta berperanan besar untuk memastikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diterima dalam MN,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: