Lebih 50 peratus populasi dewasa terima dos penggalak

Individu dewasa yang menerima dos penggalak Covid-19 meningkat 51.5 peratus daripada populasi itu di negara ini menerima suntikan setakat Rabu. - Gambar hiasan
Individu dewasa yang menerima dos penggalak Covid-19 meningkat 51.5 peratus daripada populasi itu di negara ini menerima suntikan setakat Rabu. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah individu dewasa yang menerima dos penggalak Covid-19 terus meningkat apabila 12,055,099 orang atau 51.5 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini menerima suntikan setakat Rabu.

Berdasarkan data di laman web CovidNow, sejumlah 22,925,835 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.1 peratus atau 23,202,575 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,788,874 individu atau 88.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,867,944 individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 30,194 dos diberikan semalam meliputi 257 dos pertama, 449 sebagai dos kedua dan 29,488 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,635,620 dos.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, tujuh kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan masing-masing dua di Pahang dan Kelantan, manakala satu kematian direkodkan masing-masing di Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu. - Bernama

Artikel Berkaitan: