Tujuh kematian baharu Covid-19, dua BID

Sebanyak tujuh kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan dua daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID). (Gambar hiasan) - Foto Bernama
Sebanyak tujuh kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan dua daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID). (Gambar hiasan) - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak tujuh kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan dua daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan kes keseluruhan kematian disebabkan Covid-19 di Malaysia kepada 31,992 orang manakala jumlah kumulatif BID pula adalah 6,449.

Menurut data dikongsikan di portal CovidNow yang dikemaskini setakat jam 11.59 malam tadi, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing merekodkan satu kes kematian manakala Kelantan dan Pahang pula masing-masing dua kes.

Satu kes kematian BID direkodkan masing-masing di Negeri Sembilan dan Pahang.

Selangor, Kuala Lumpur, Labuan, Kedah, Melaka, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak merekodkan sebarang kes kematian Covid-19 pada Rabu.

Sementara itu, terdapat sebanyak 59,685 kes aktif Covid-19 direkodkan di dalam negara untuk tempoh yang sama dengan sebahagian besar iaitu 52,207 atau 87.5 peratus adalah kes kuarantin di rumah diikuti 4,212 (7.1 peratus) mangsa yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,154 kes direkodkan dirawat di hospital, 58 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 54 kes memerlukan bantuan pernafasan di ICU.

Kadar keseluruhan penggunaan katil hospital di seluruh negara setakat Rabu ialah 60.8 peratus, ICU (50 peratus), memerlukan bantuan pernafasan (32.7 peratus) manakala jumlah pesakit yang dirawat di hospital akibat Covid-19 secara harian pula adalah sebanyak 908.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, kadar positiviti saringan harian Covid-19 di dalam negara membabitkan 106,726 individu pada Rabu ialah 4.4 peratus.