NASA rancang jatuhkan ISS di Lautan Pasifik

Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa dirancang akan dijatuhkan ke Lautan Pasifik pada tahun 2031. - Foto EPA
Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa dirancang akan dijatuhkan ke Lautan Pasifik pada tahun 2031. - Foto EPA
A
A
A

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat baru-baru ini mendedahkan rancangan untuk menjatuhkan dan menenggelamkan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) di selatan Lautan Pasifik.

Bagaimanapun, ia dijangka berlaku pada Januari 2031 dan ia akan turun secara beransur-ansur ke permukaan bumi dan ditenggelamkan di selatan Lautan Pasifik yang dipanggil sebagai Titik Nemo.

Titik itu dikatakan sebagai tempat paling terpencil di planet bumi.

Stesen itu sebelum ini dilancarkan pada tahun 1998 dan sebenarnya direka bentuk untuk bertahan selama 15 tahun.

Namun, ia akan beroperasi selama lebih 30 tahun pada masa dihantar ke lautan tersebut.

NASA berkata, pemeriksaan keselamatan struktur telah menunjukkan ia selamat digunakan sehingga tahun 2030.

Stesen itu yang merupakan makmal sains dan kejuruteraan bernilai AS$100 bilion (RM418 bilion) yang terletak sejauh kira-kira 400 kilometer dari bumi. - Agensi

Artikel Berkaitan: