5,736 kes baharu Covid-19

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kes harian Covid-19 negara menunjukkan sedikit peningkatan kepada 5,736 kes pada Rabu berbanding 5,566, pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan kes keseluruhan Covid-19 sebanyak 2,882,060.

Katanya, daripada jumlah terbabit, 5,553 kes adalah kes tempatan dengan 5,360 daripadanya warga tempatan, manakala 102 bukan warganegara.

“Kes import pula sebanyak 183 kes dengan 81 daripadanya warga tempatan, manakal 102 pula bukan warga negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes harian keseluruhan itu, 5,690 kes atau 99.2 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua manakala selebih 0.9 peratus atau 46 kes kategori tiga, empat dan lima.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, sebanyak 3,196 kes sembuh dilaporkan bagi tempoh sama sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya kepada 2,790,386 individu.

Untuk penularan membabitkan kluster pula, beliau berkata, sebanyak lapan kluster baharu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga jam 12 tengah hari Rabu, sekali gus merekodkan 6,442 kluster.

Daripada jumlah kumulatif itu, 6,120 adalah kluster telah tamat manakala 322 lagi kluster masih aktif.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di dalam negara pada Selasa ialah 1.15 dengan Perlis merekodkan nilai tertinggi iaitu 1.29 diikuti Putrajaya (1.21) dan Johor (1.17).

Pulau Pinang, Kedah dan Sabah masing-masing merekodkan nilai Rt 1.16 manakala Negeri Sembilan (1.13); Selangor dan Melaka 1.12); Kuala Lumpur (1.11); Kelantan (1.10); Perak (1.07); Pahang (1.04) dan Terengganu (1.00).

Nilai bagi Labuan dan Sarawak pula masing-masing ialah 0.00.

Pada 2 Februari 2022: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,736 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 2, 2022