Gesa kerajaan selesaikan isu air

Sabri bersama penduduk yang membuat himpunan, semalam.
Sabri bersama penduduk yang membuat himpunan, semalam.
A
A
A

YAN - Kerajaan PH wajar menambahkan kos peruntukan sedia ada lagi bagi tujuan pembinaan loji air di Bukit Selambau.

Ahli Parlimen Jerai Sabri Azit berkata, kos itu perlu ditambah bagi mengelakkan penduduk di kawasan Merbok dan Singkir berterusan mengalami masalah ketiadaan air.

Katanya, rakyat yang mengalami masalah ketiadaan air ini akan terus melakukan perhimpunan bagi menuntut hak mereka.

"Kita tidak mahu keadaan ini menjadi lebih buruk kerana masalah ini sememangnya boleh diselesaikan namun ia disekat," katanya ketika berucap di perhimpunan aman bantahan masalah air di Singkir, semalam.

Sabri berkata, pihaknya telah bertemu dengan pegawai Syarikat Air Darul Aman (SADA) bagi membincangkan masalah ini.

"Jawapan yang saya peroleh adalah sama iaitu ketiadaan peruntukan daripada kerajaan PH menyebabkan tindakan mengatasi masalah ini tidak dapat dilakukan," katanya.

Beliau berkata, tiada apa yang boleh dilakukan melainkan mendesak kerajaan PH untuk mengeluarkan peruntukan sewajarnya bagi menyelesaikan masalah ini.

"Masalah air ini sangat berat kerana ia boleh membuatkan rakyat hilang pertimbangan. Tiada siapa yang sanggup hidup tanpa bekalan air," katanya.

Artikel Berkaitan:

Golongan wanita juga tidak ketinggalan hadir ke perhimpunan berkenaan.
Golongan wanita juga tidak ketinggalan hadir ke perhimpunan berkenaan.