Teladani urus masa cara Rasulullah: Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Sharafuddin Idris Shah
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya umat Islam di Selangor mencontohi Rasullullah SAW yang sangat menitikberatkan kepentingan pengurusan masa dalam kehidupan dan berpesan memanfaatkan masa sebaik mungkin.

Baginda menerusi satu hantaran di Facebook Selangor Royal Office bertitah, perkara tersebut dipetik daripada khutbah Jumaat pada 25 Januari lalu bertajuk 'Mencari Keberkatan Masa' yang dibacakan oleh khatib di masjid-masjid seluruh negeri Selangor.

Titah baginda, banyak faktor yang menyebabkan manusia leka dan lalai dalam menguruskan masa seperti tidak memahami matlamat hidup di dunia, bersikap malas, sambil lewa, suka bertangguh dan membuang masa.

Hantaran di Facebook Selangor Royal Office pada Selasa.
Hantaran di Facebook Selangor Royal Office pada Selasa.

"Kesemua tabiat buruk tersebut mestilah dihadapi oleh kita dengan penuh mujahadah melawan diri sendiri.

"Orang yang bermujahadah tidak akan membiarkan dirinya diperhambakan oleh hawa nafsu, sebaliknya dialah yang mengawal hawa nafsunya," titah baginda dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin bertitah, kebaikan akan diberi kepada hambanya jika ALLAH memberkati masa yang digunakan.

Titah baginda lagi, sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati sama.

Artikel Berkaitan:

"Oleh yang demikian, kita akan mendapati insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, ALLAH memberkati umur mereka," titah baginda.