Jackie tekad tebus kekecewaan di Vietnam

Jackie
Jackie
A
A
A

KEGAGALAN mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA Manila 2019 di Filipina, masih menghantui jaguh lontar tukul besi negara, Jackie Wong, walaupun insiden sudah lebih dua tahun berlalu.

Jackie yang kecewa dengan keputusan ketika itu, kini tekad untuk melakukan yang terbaik bagi merampas kembali emas di Sukan SEA Hanoi pada 12 hingga 23 Mei depan.

"Semestinya saya memang kecewa namun, saya harap dapat ambil balik emas," katanya baru-baru ini.

Atlet berusia 29 tahun yang merangkul emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 terpaksa berpuas hati dengan pingat perak di Filipina sekali gus menyaksikan atlet Thailand, Kittipong Boonmawan muncul juara acara itu.

Selain Sukan SEA, pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 67.01 meter (m) yang dilakukan semasa Kejohanan Olahraga Asia 2019 di Qatar juga berharap dapat melayakkan diri ke Sukan Asia Hangzhou 2022, China pada 10 hingga 25 September depan.

Atlet dari Sarawak itu membuat penampilan sulung di Sukan Asia pada edisi 2018 di Indonesia yang menyaksikannya menamatkan cabaran di tangga ketujuh kesuluruhan.

Selain itu, Jackie mengakui situasi pandemik Covid-19 yang belum reda sedikit sebanyak menjejaskan prestasinya susulan tiada aksi antarabangsa disertai selepas kali terakhir beraksi di Sukan SEA 2019.

"Biarpun begitu saya masih yakin kepada diri saya untuk melakukan yang terbaik di Hanoi nanti," ujarnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: