Rangka solusi masalah air di Simpang Renggam

Maszlee meninjau keadaan tapak pelupusan sampah.
Maszlee meninjau keadaan tapak pelupusan sampah.
A
A
A

SIMPANG RENGGAM - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menegaskan pihaknya sudah merangka pelan solusi jangka masa pendek dan panjang bagi menyelesaikan masalah air di kawasan tersebut.

Menurutnya, beliau cakna dan memahami antara punca terbesar masalah air dihadapi penduduk Simpang Renggam adalah disebabkan masalah sistem pelupusan sampah di kawasan itu.

Tambah beliau, langkah terdekat akan diambil adalah memastikan limpahan larut resapan daripada tapak pelupusan sampah dapat dikawal sebaiknya.

“Kita akan pastikan agar limpahan larut resapan (leachate) daripada tapak pelupusan sampah ini dapat dikawal sebaiknya.

“Ia untuk memastikan agar sisa itu tidak mencemari air sungai yang menjadi punca sumber bekalan air mentah untuk dirawat di loji rawatan sebelum dibekalkan kepada penduduk.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Pengarah SWCORP Johor, Tn Chyrul Hisham dan Jurutera SWCORP Johor, Cik Azlina yang memberikan kerjasama penuh untuk menyelesaikan isu ini,” tulis beliau dalam laman Facebooknya.

Beliau menulis sedemikian selepas melawat Tapak Pelupusan Sampah CEP Simpang Renggam, di sini, pagi tadi.

Baru-baru ini, Maszlee yang juga Menteri Pendidikan melahirkan rasa sedih, terharu dan geram susulan isu pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim Pasir Gudang yang menyebakan ramai sesak nafas dan dikejarkan ke hospital.

Artikel Berkaitan:

“Saya sedih terharu dan geram. Sedih kerana melihat anak-anak saya dan guru, para pekerja sekolah merupakan ahli keluarga Kementerian Pendidikan menerima bencana yang tidak boleh diterima.

“Keselamatan untuk anak murid, pekerja dan guru sekolah harus diberi keutamaan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor.