X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Perluas RBTag kepada penjawat awam

Foto hiasan
A
A

RAMBUT sama hitam tetapi hati lain-lain merupakan peribahasa Melayu yang sering kali mengingatkan kita tentang perihal sikap manusia berbeza antara satu sama lain.

Dalam kalangan kita semua amat sukar untuk kita ketahui siapa yang mengamalkan perbuatan rasuah sehinggakan ada pihak secara sinis pernah mengatakan ‘budaya barat bukan budaya kita, tetapi rasuah budaya kita.

Rasuah boleh berlaku kerana pelbagai sebab, ada yang kecundang dengan gejala itu kerana sifat tamak dan ada yang lakukan kerana terpaksa dan dipaksa.

Apa pun alasan yang diberikan, kekuatan dalaman individu itu sahaja yang mampu untuk menolak sebarang bentuk rasuah.

Atas sebab itulah pergerakan Rasuah Busters telah mencadangkan supaya calon-calon yang berpotensi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diseru untuk mengambil ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag).

RBTag merupakan alat pengukur kebolehpercayaan seseorang individu dan menjadi jaminan kestabilan kepada rakyat negeri tersebut.

Calon-calon PRN Johor seharusnya mengambil peluang untuk menduduki ujian itu bagi membuktikan kepada parti masing-masing bahawa mereka layak menjadi calon.

Uniknya, mereka boleh menjadikan keputusan ujian psikometrik sebagai nilai tambah dalam iltizam mereka membawa perubahan kepada rakyat yang memerlukan kelangsungan politik dan ekonomi lebih stabil di negara ini.

Difahamkan negara-negara yang berada di kedudukan 10 tertinggi dalam Indeks Perspektif Rasuah (CPI) mempunyai ujian psikometrik yang perlu dilaksanakan untuk membawa mereka ke kedudukan stabil dan harmoni.

Sepatutnya penggunaan RBTag ini juga perlu diperluaskan kepada penjawat awam yang akan diambil pada setiap tahun.

Jika ada kecenderungan seseorang itu melakukan rasuah, mungkin pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) boleh mengambil langkah-langkah intervensi.

Sebagai contoh, perbaiki sistem kerja supaya dapat mengurangkan peluang untuk sebarang salah guna kuasa dan rasuah, laksanakan sistem penggiliran kerja atau lakukan kempen berterusan kepada penjawat awam.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!