Sia-sia bayar RM1,500, PATI dicekup cuba masuk negara

Batalion 4 PGA menahan 20 PATI di pesisiran pantai Sungai Janggut, Jeram pada Isnin.
Batalion 4 PGA menahan 20 PATI di pesisiran pantai Sungai Janggut, Jeram pada Isnin.
A
A
A

KLANG - Pendatang asing tanpa izin (PATI) dikesan sanggup membayar sehingga RM1,500 kepada sindiket untuk masuk ke negara ini secara haram.

Bagaimanapun cubaan PATI itu sia-sia apabila ditahan dalam operasi di pantai Sungai Janggut, Jeram di sini pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, PATI terdiri daripada lapan lelaki dan 12 wanita itu ditahan kira-kira jam 7 pagi di kawasan semak pesisiran pantai terbabit.

"Pemeriksaan kesemua PATI berusia lingkungan 22 hingga 56 tahun itu mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Rizal berkata, PATI terbabit dipercayai baru masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan.

Soal siasat mendapati mereka perlu membayar RM1,300 ke RM1,500 bagi setiap seorang untuk masuk ke Malaysia.
Soal siasat mendapati mereka perlu membayar RM1,300 ke RM1,500 bagi setiap seorang untuk masuk ke Malaysia.

Katanya lagi, soal siasat mendapati mereka perlu membayar RM1,300 ke RM1,500 bagi setiap seorang untuk masuk ke Malaysia.

"Kesemua tangkapan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, pihaknya meminta masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada polis berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.