Polis kesan pemandu lawan arus

PDRM
PDRM
A
A
A

PETALING JAYA - Polis mengesan sebuah kereta yang dipandu secara melawan arus di Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara di sini pada Selasa lepas.

Video aksi pemandu Honda Civic berwarna merah itu tular di media sosial apabila dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian berdasarkan dua video tular tersebut.

"Polis sedang mengesan pemandu kenderaan yang terlibat dalam kejadian.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.44 malam, bagaimanapun tiada sebarang kemalangan atau kecederaan berlaku ke atas mana-mana pihak," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan berkaitan kejadian mengikut Seksyen 79(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diharap dapat tampil membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: